Aku masuk melangkah kaki kanan lalu memberi salam.
Suasana berubah. dari bahang mentari di luar, kepada sejuknya penghawa dingin pejabat Pusat Islam itu.
Aku mengambil nafas sambil berjalan menuju ustaz yang duduk menonton dokumentari di situ.
Q: Assalammualaikum Ustaz.
U: Waalaikummusalam. Oh. saya hampir terlupa.
AKu tersenyum. Nafas masih tak menentu kerana berlari dari kolej ke Pusat Islam.
U: Sekejap ye.
Ustaz masih duduk mempercepatkan video dokumentari. Sambil menunggu aku membelek majalah muslimat di atas kaunter.
U: Nah. eh. awak dah bertunang ke?
Q: err…
Aku gugup. tangan kiri yang disarung cincin disorokkan kebelankang. Aku tersipu-sipu menahan malu.
Kepala aku digeleng.
Kalau bukan ustaz yang tny, dah aku mengangguk.
Kenapa aku bercincin? Aku mahu melindungi diri. kerana aku tahu, ada mata2 yang melihat. walaupun cincin tu bukannya boleh tukarkan aku jadi superheros ke ape. ;)
(via tautanhatiku)
“wahai orang-orang yang beriman! mintalah pertolongan daripada Allah dengan jalan sabar dan mengerjakan solat. sesungguhnya Allah bersama dengan orang-orang yang bersabar” [al-Baqarah 153]
(Source: thelittleseeker, via iqbalprayadisaputra)